BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 8 March 2010

Buta.

Aku dihina, aku dicaci, aku dikutuk. Bukan ku pinta, bukan ku inginkan begini. Tapi mungkin anugerah tuhan aku jadi begini.

Aku buta. Ya, buta. Apa yang aku lihat hanya hitam, gelap. Orang lain boleh kenal warna biru, hijau, perang, merah, pink. Namun, aku hanya kenali warna hitam.

Aku bukan dilahirkan buta, tapi buta ini bukan ku pinta. Aku dahulu tahu apa warna rumput, langit, laut, tanah. Namun, setelah aku mengalami kemalangan semua itu hilang.

Aku berusia 18 tahun ketika itu. Baru habis SPM. Baru kenali apa itu cinta. Cintaku bermula dengan seorang wanita bernama Wanie. Aku sangkakan dia seorang yang lemah-lembut, baik hati, peramah. Namun itu hanya sangkaan ku.

Aku keluar bersama seorang rakan perempuan ku, Elli. Kawan sekolah rendah ku. Jiranku. Hanya kawan biasa. Namun, bukan itu apa yang Wanie sangka. Dia mula berubah. Sikapnya bertukar sama sekali. Dia menjadi ganas, dan aku mangsa.

Ketika keluar bersamanya, aku cuba menerangkan hubunganku dengan Elli. Namun, dia tak dengar. Malah, dia menyembur mataku dengan perfume yang pernah aku belikan untuknya. Aku tak menyangka, hadiah bertukar senjata.

Mataku pedih, rasa seperti dibakar. Doktor cakap mataku telah buta. Aku kaku. Dia gila.

Namun, aku pasrah atas apa yang terjadi. Mungkin ini dugaan terhadapku. Mungkin ini ada hikmahnya. Every action there is a reaction.

Aku kini banyak berubah. Aku luangkan masa mendengar ayat-ayat Al-Quran. Aku tak boleh membaca, namun bukan penghalang aku menghafalnya. Mungkin inilah hikmahnya. Aku dapat lari dari sifat materialistik, sifat keduniaan, dan fokus akan akhirat.

2 comments:

wind said...

sggup yer gf sndri wat camtu.
kejam kot.

tp setiap yg berlaku.mmg kehendak-Nya.
jgn mnyalahkn takdir.

ya.sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya.

EiDeL said...

eh, jgn slah anggp k..
nie skrip monoluog tuk drama..
;)